Program Bengkel Asas Kreativiti Photoshop & Grafik Untuk Perniagaan Online khusus kepada koperasi ahli ANGKASA.

Sukacita, dimaklumkan ANGKASA telah menganjurkan satu Program Bengkel Asas Kreativiti Photoshop & Grafik Untuk Perniagaan Online khusus kepada koperasi ahli ANGKASA.

Sehubungan itu, koperasi SDBL yang merupakan ahli ANGKASA telah menghantar wakil (penyertaan berbayar) bagi mengikuti program ilmiah ini sepertimana ketetapan di bawah:

 

NAMA KURSUS: BENGKEL ASAS KREATIVITI PHOTOSHOP & GRAFIK UNTUK PERNIAGAAN ONLINE KOPERASI (KHUSUS AHLI ANGKASA)

TEMPAT : HOTEL PINE TREE . BATU PAHAT . JOHOR

TARIKH : 15-16 JULAI 2016 (JUMAAT-SABTU)
SYARAT: SETIAP PESERTA DIWAJIBKAN MEMBAWA KOMPUTER BIMBIT SENDIRI (NOTEBOOK) DENGAN SPESIFIKASI SEKURANG-KURANGNYA CORE i3 KE ATAS DAN BROADBAND INTERNET (SEKIRANYA ADA)

 

Objektif bengkel adalah bertujuan :

  1. Ke arah mendidik koperasi memahami keperluan kemahiran kreativiti dalam talian (online).
  2. Memberi latihan secara praktikal untuk mengendalikan perisian professional kreativiti.
  3. Meningkatkan kualiti skil kakitangan/wakil koperasi dalam memanfaatkan teknologi moden.
  4. Menyahut Dasar Koperasi Negara (DKN) dalam memperkasakan keilmuan ICT koperasi.

Program ini bernilai RM1999 di pasaran (tanpa penginapan). Walaubagaimanapun, ANGKASA mengambil inisiatif menganjurkannya dengan kadar fi minima sebanyak RM50.00 seorang (koperasi ahli ANGKASA sahaja). Kemudahan penginapan, makan dan minum disediakan secara PERCUMA.

Sehubungan dengan ini, KOPERASI SDBL akan membuat kursus yang sama untuk anggota koperasi (pelajar) di sekolah pada September 2016 bagi berkongsi ilmu yang telah di pelajari ini. Diharap program ini bermanfaat untuk semua anggota koperasi yang khasnya dalam kalangan pelajar SDBL.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s