KONVENSYEN AUDIT DALAMAN KOPERASI 2016

Baru -baru ini ALK Koperasi SMK DATO BENTARA LUAR BATU PAHAT BERHAD telah menghadiri KONVENSYEN AUDIT DALAMAN KOPERASI 2016 yang bertajuk “Integriti Kunci Kejayaan Koperasi” yang telah diadakan pada 15 Mei 2016 hingga 17 Mei 2016 di Hotel Crystal Crown, Petaling Jaya, Selangor. Konvensyen ini diadakan bagi membincangkan 6 Kertas Kerja berkaitan Integriti dan Audit dalaman koperasi. Beberapa penceramah telah  melibatkan diri dalam pembentangan ini antaranya adalah YBHG. TPJ Dato Shamsun Baharin bin Mohd Jamil (Pengarah pendidikan masyarakat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM)), Dr Mohd Azlan Yahya (JAWATANKUASA Audit Dalaman Koperasi), Mohd Ismail Ibrahim (Bahagian Audit & Risiko ANGKASA), dan Tuan Badrishah bin Hasan (Pengarah Bahagian Audit dan Pengawasan Kewangan Koperasi). Majlis telah dirasmikan oleh YB Dato Seri Hamzah bin Zainudin ( Menteri Kementerian Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ) dan berlansung dengan jayanya. Terima Kasih kepada pihak ANGKASA kerana menjemput Koperasi kami menghadiri konvensyen ini. Diharap ilmu yang diperolehi dapat diaplikasi di dalam koperasi sekolah kami. Syabas kepada pihak ANGKASA, semua penceramah dan kira-kira 300 orang wakil-wakil Koperasi-koperasi yang hadir pada konvensyen kali ini. Sekian.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s