Lawatan Koperasi 2013 ke Bumi indah Pulau Langkawi

249325_536778646382555_1830888881_n

AHAD, 26 MEI 2013-Kira-kira jam 9.30 malam seramai 35 orang peserta lawatan koperasi termasuk guru dan pelajar memulakan langkah penuh cabaran dan pengalaman ke bumi ‘Mahsuri’. Setelah membersihkan diri dan menunaikan solat subuh di sebuah masjid di bumi Kedah negeri jelapang padi, kami menuju ke destinasi pertama kami, sebuah syurga membeli belah; Padang Besar, Perlis. Hampir separuh daripada bajet kami ‘lebur’ di sini, satu permulaan yang hebat! Kebayakan peniaga di Padang Besar berasal daripada negara Thailand, sukar untuk membezakan mereka dengan warga negeri Perlis. Saya menasihatkan para wanita membawa bajet lebih bila mana anda datang ke Padang Besar ini jika tidak anda pasti kecewa kerana tidak dapat membeli pelbagai barang seperti baju, jubah, barangan dapur, hiasan, fabrik dan macam-macam lagi dengan harga yang sangat-sangat murah. Kebanyakan barangan juga amat unik dan sukar di dapati di kebanyakan tempat di Malaysia.

Perjalanan diteruskan setelah hampir 3 jam berada di Padang Besar, destinasi seterusnya ‘Jeti’. Kami menaiki feri menuju ke Pulau Langkawi pada pukul 3.45 petang dan tiba di Langkawi satu jam selepas itu. Kami disambut oleh Kak Ita selaku pemandu pelancong dengan bas sekolahnya. Kami dibawa terus ke Hotel Langkasuka yang terletak di tengah-tengah pekan Langkawi untuk beristirehat. Setelah 2 jam berehat, kami dengan terujanya melupakan lelah kami lalu menuju ke destinasi pertama kami dengan misi mencari ‘Coklat’ di Pekan Kuah, Pulau Langkawi. Kami menyerbu masuk ke gedung Haji Ismail Group dan sangat terpegun melihat pelbagai jenis coklat dan peralatan rumah dijual disini dengan harga runtuh, maklum sajalah, Pulau Langkawi juga terkenal sebagai kawasan bebas cukai.

20130527_154300

Keesokan harinya, seawal jam 8.00 pagi kami mulakan penjelajahan kami pada hari yang kedua menuju ke ‘Makam Mahsuri’, menaiki ‘cable car’, melawat tempat pemprosesan gamat, dan paling istimewa ‘merempit’ dengan bot laju untuk melihat ‘helang’ memburu mangsanya di kawasan yang juga dikenali sebagai ‘Hulu Melaka’ , melihat gua kelawar dan melihat kawasan penternakan ikan. Kami berpeluang menaiki bot beramai-ramai, merentasi gua serta memegang ikan pari di kolam. Pelbagai jenis ikan juga dapat kami pelajari pada hari itu.

Jika melihatkan keistimewaan Pulau Langkawi yang unik, indah dan pelbagai  serta buminya yang luas, masa sehari setengah disana amatlah tidak padan bagi kami melawat kesemua tempat di sini, namun masa yang singkat ini cukup memberi pengalaman yang amat bermakna dan istimewa buat warga koperasi yang turut serta kali ini. Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada ketua rombongan cik Siti Rahmah binti Abdullah, cikgu Kamrudin, cikgu Sabariah, cik Zanariah, cik Fatimah, dan semua AJK koperasi yang terlibat menjayakan rombongan kali ini. Syabas diucapkan.

965298_10151638348426670_1945761270_o

Kami bertolak pulang dengan menaiki feri pada pukul 10.30 pagi setelah berbaris panjang di jeti yang penuh sesak, satu pengalaman baru bagi kebanyakan kami. Kami tiba di Batu Pahat kira-kira jam 12 malam dengan beg yang sarat dengan ole-ole daripada ‘Mahsuri’. Sekian.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s